Followers

Wednesday 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H


ASSALAMUALAIKUM

Salam sejahtera, salam 1 Malaysia , and the important thing is salam maal Hijrah.
sedaq tak sedaq dah habih pon kan tahun 1433 hijrah. Tepat waktu maghrib tadi kita dah masuk ke tahun yang baru. so its new year dalam calender islam.sekarang ni dah kira 1 Muharram 1434H.ha buku amalan kita telah diangkat untuk tahun 1433 hijrah. So sekarang ni kita buka amalan yang baru. Cek harap la kan. buku amalan cek yang tahun ni jadi lebih baik daripada buku amalan yang tahun lepas. cek nak berhijrah jugak daripada yang buruk kepada yang baik. daripada yang malas kepada yang rajin and banyak lagi laa cek nak hijrah. Harap sangat cek akan jadi orang yang lebih baik untuk tahun ni.

hampa semua nak tau dak tema maal hijrah tahun ni apa?. 
ni ha tema dia  “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”
tak paham? takpaa mai cek nak tolong bagi contoh yang cek ambil dari 
Jabatan Agama Islam Kedah(Jakim)


1.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” mengambil pendekatan sederhana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sepertimana termaktub dalam Piagam Madinah yang telah dipersetujui Baginda Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat bukan Islam. Ia menyerlahkan semangat  toleransi beragama apabila orang Islam dan bukan Islam saling faham memahami, saling berkerjasama dan hidup secara harmoni.Perlembagaan Madinah mempertahankan kebebasan beragama untuk semua, keadilan kepada semua dan melindungi kaum minoriti untuk mengamalkan pegangan dan budaya mereka.

2.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”  sentiasa memberi contoh teladan yang unggul dan terbaik dalam melaksanakan aktiviti kehidupan rakyat Malaysia. Dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia, semangat melampau berteraskan perkauman dan ideologi akan menjadi pemangkin terhadap ketidaksepaduan masyarakat dan seterusnya ketidakstabilan sosio-politik negara. Jika elemen ketaksuban masih berakar umbi dalam pemikiran dan tindakan, masyarakat tidak akan dapat mengimbangi serta menghayati seluruh intipati kehendak pemimpin negara untuk membangunkan negara. Oleh yang demikian, menjadi satu cabaran kepada kepimpinan negara untuk menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia bagi mengekalkan kestabilan politik dan menerokai kejayaan dan keberhasilan negara.

3.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” juga berpegang kepada prinsip akidah, iaitu keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Ia menekankan aspek berimbang, adil dan diversity-kepelbagaian. Konsep ini juga perlu membuktikan bahawa Agama Islam berupaya menyusun dan mengatur masyarakat sehingga mewujudkan peradaban yang unggul dengan wujudnya konsep “unity in diversity-perpaduan dalam kepelbagaian seterusnya mampu mewujudkan بلدة طيبة ورب غفور–Negeri yang baik dan diampuni Allah.


ni cek ambil sikit ja dari ulasan penuh tu. kalau ambil semua post ni akan jadi teramatlah panjang. Apa apa pon, cek harap kita semua akan jadi lebih baik dalam tahun baru ni dan kita semua kena pasang azam yang baru untuk tahun ni.Kalau azam yang tahun lepas pon tak dan nak buat lagi. kita sambung lah untuk tahun ni yaa.so thats all. ni cek nak habaq Salam maal hijrah buat semua blogger islam di Malaysia.
terimakasih. peace yaa 

 

No comments:

Post a Comment