Followers

Wednesday 21 November 2012

Sapa nak top up FREE ?


Assalamualaikum
 

Heloo hampa semua. Sihat semua naa. Ha ni cek nak tanya, hampa nak dak top up free?
haha dengaq pelik ja kann. Ni mai cek nak ceqita. Cek  dapat daripada member cek yang qeja kat kedai talipon kat area area Alor Star nuhh. Duduk besembang dengan dia kat kedai mamak malam tu. Cek pon try try laa tanya dia manatau kot kot ada trick ynag boleh pakai untuk talipon cek ni. Dok tanya pi tanya mai dia tak jawab jawab. Last-last cair jugak dia hihihi. Dia pun bagi tau lah cek cara-cara nak mereload prepaid secara percuma . okey , Haa nak tau   dak dia habaq apa kat cek?. haha continue reading key

Untuk semua talian 012,013,016,017 dan 019 ,hampa semua lepas ini tak payahlaa dok pi kedai handphone lagi nak topap prepaid hampa . Ni ada cara untuk mereload prepaid hampa dengan cara yang agak illegal .Tapi cara mereload yang ini  boleh guna masa 20 hingga 30 haribulan pada setiap bulan jaa . Ini pasai setiap talian ni di upgrade dalam masa-masa ni . okay , kepada pengguna talian 012 , 013 ,016 , 017 , 019 , dail 1415007 pastu tunggu dalam 5 saat dan hampa akan dengar macam bunyi bising , tunggu sampai bunyi itu hilang pastu dail 9151 tunggu 3 saat dan tekan nombor telefon hampa . Hampa akan dengar dia cakap "please insert you pin number" masukkan 011785 45227 00734 . Jangan bagi salah tau. boh sebijik yang macam ni. Tunggu lepas dia kata nombor pin selesai , lepas tu dial 0405 untuk KL dan Selangor , 0406 untuk kawasan lain dalam semenanjung. Kalau hampa dok kat Sabah atau Sarawak hampa boh 0409

 Hampa akan dengaq "for airtime top-up press 1723" pastu hampa dail la nombor tu.Lepas dail nombor kemudian tekan nombor telefon hampa sekali lagi . Tunggu selepas bunyi bising selesai , dial 4455147 diikuti 146 selepas 5 saat .Okey , lepas beberapa saat , Hampa akan dengaq "your pin number is accepted" hampa terus dail 1007 pastu hampa akan dengaq "your key number is accepted" terus dail 4566 pastu hampa akan dengaq "your password is accepted" . 

.Lepas habih semua tu ,terus dail nombor talipon hampa dan hampa akan dengaq 
"pala hotak hang, kat dalam dunia ni mana ada benda yang free , zaman laa nih nak masuk jamban pun kena bayaq 2 kupang hang tau dak .Dahlah pulak minyak dah naik 3 kupang
banyaklah hang punya FREE!!" Dan hampa terus matikan talipon hampa dan akan kata "jahanam punya budak hang pekena aku noh" tapi lepas itu hampa mesti rasa teringin nak menipu orang lain pulak kan kan kan. haha

*sebenaqnya cek pon terkena benda ni. Punya laa khusyuk dok baca tengok tengok jadi kot lain. haha sorry nahh :D cek melawak jaa

Tuesday 20 November 2012

Macam mana nak pilih DSLR ?

Assalamualaikum

Apa habaq semuaa? baik la naa. Ni cek nak habaq ni. Cek ni kan selama ni tak penah pon try DSLR. Dok tengok orang pakai macam best jaa. Cek dok pujuk mak cek dari tahun lepas lagi. Jeles sangat orang dok angkut DSLR p ke hulu hiliaq. Kita pon nak angkut gak. haha. Tapi taktau la pulak nak guna camna. Jenih jenih dia pon cek taktau. Tu yang nak tanya hampa semua ni

Hari ni mood mak cek baik lain macam jaa. Cek try laa bodek bodek sikit. Haa dok tak dok dia kata esok jom pi beli.Wahh. Hat ni yang orang dok kata bagai bulan jatuh ke riba. haha. tapi hat ni cek kata bagai DSLR jatuh ke riba laa. haha. Cek dok survey laa tengok kot internet hat mana yang agak agak sesuai dengan cek. Mak cek kata bajet RM2000 lebih sikit jaa. haa pening dok cari DSLR yang RM2000 lebih ja. 
Yang cek tau DSLR semua mahai jaa

Dalam yang cek dok survey tu ada laa dua tiga bijik bekenan ni haa

Hat ni Nikon D3200. 24 megapixel. harga pun baru RM2100 .

Hat ni Canon EOS 1100D. Tapi hat ni 12 megapixel jaa. harga dia RM1659


Hampa ada dak lagi cadangan yang lagi best pada yang dua ni ?. Err cek taktau laa nak pilih hat mana. haha. Penin pala cek. Sapa yang tau pasal benda alah ni comment laa sikit. Nanti cek boleh laa upload gambaq dalam blog nii. Haha yess.
Tolong rekemen sikit kat cek okey?

Saturday 17 November 2012

Jom belajaq cakap Kedah (Part 1)

Assalamualaikum

Salam satu Malaysia, salam satu blogger. haha ada jugak. Ni ha mai nak ceqita. Cek dok tengok kan ramai gila orang 'non-kedah' yang nak try cakap macam orang kedah. Depa kata menarik. Cek nak tergelak pon ada dok tengok depa dok cakap kedah. Memang lawak gila lah. La ni mai cek nak ajaq hampa semua cakap kedah. Best bila boleh tengok ramai orang boleh cakap macam orang kedah.
Start hari ni cek akan post entry 'Jom belajaq cakap Kedah' dalam macam-macam situasi.
entry macam ni akan keluaq setiap hari sabtu@ahad saja yaa.Nanti kalau nak refer apa apa yang tak paham yang cek tulih. Hampa boleh refer kat Super kamus .
Haa untuk minggu pertama ni cek nak ajaq hampa semua belajaq cakap kedah dalam situasi tempat kenduri.
Ya la kan la ni pon dok musim kenduri kan. jom tengok apa yang orang kedah selalu cakap kat tempat kenduri .

Perkataan yang hampa kena tau untuk situasi tempat kenduri ialah :-

Kenuri (huruf D tak bunyi) - kenduri
Anak terona - pengantin lelaki
Anak dara - pengantin perempuan
Mentara - pekerja di rumah kenduri @ waiter
Ketoq - cerek basuh tangan @ alaa yang macam lampu aladin tu
Gedehoq - tempat masak di rumah kenduri
Ghona-ghoni - warna warni
Meqelit meqelap - bling bling
Cuci calat  - cuci sampai bersih
Camca - sudu
Belemoih - kotor
Mentedaqah - makan dengan gelojoh
Kebuloq - lapar sangat
Sakan - meriah
Baloq liat - pemalas
Beghetoh - tersentuh 
Seneghih - tersentuh sikit ja
Cemerkap - tak cermat
Megheben - merapu
Meghenyeh - mengatai
Beghemba - bersaing-saing
Gebang - sembang

Haa hat tu ja kot hampa kena tau untuk musim kenduri ni. Mai cek nak ajaq sikit macam mana nak guna perkataan-perkataan tu.

Anak terona & anak dara
- Tudiaa anak dara punya la cun mai tang anak terona gigi pon beteraboq. kiqa untung la anak terona tu bulih  bini teqa tu. 

Megheben & meghenyeh
-Ish anak pak Leh ni megheben sungguh. Mai kenduri pon dan lagi dok meghenyeh dengan bini orang.

Mentara & cemerkap
-Mentara rumah Tok Lah tu cemerkap sungguh. Dok jalan elok elok pon bulih tetomoih.
Camca & belemoih
- Ni basuh elok-elok sikit camca tu. Belemoih pon aku tengok. Satgi orang lain nak pakai pulak.

Sakan & meghelit meghelap
- Amboih pelamin depa sakan aih. meghelit meghelap nya. besilau mata eh tengok.

mentedarah & kebuloq
- Ni hang toksah dok buat kebuloq tang ni. mentedarah sampai tak ingat dunia.

Gebang & gedehoq
- Hang ni qeja dok gebang ja. Haram tak pi tengok pon orang kot gedehoq nu.

Seneghih & beghemba
- Ish moto dok parking pon nak beghemba. Satgi seneghih habih qeta hat dok kot tu.

Cuci calat
- Ha lagu ni la orang buat qeja. cuci calat aih meja. Senang hati tuan ghumah kalau lagu ni.

Ketoq & baloq liat
- Hang toksah dok baloq liat sangat naa. Pi ambik ketoq tu pi boh ayaq bagi penuh nuh.

Ha lagu ni la orang kedah dok cakap kot tempat kenduri. Nampak macam kasaq kan?. Tapi tak kasaq pon sebenaqnya. Tu dah jadi trend kami. Mesra sebenaqnya. Ya yang tu sajalah untuk edisi kali ni. Minggu depan kita tunggu pulak situasi lain. Cek harap hampa boleh practice bahasa kedah ni. Terima kasih.




Thursday 15 November 2012

15 Alasan Paling Famous Kenapa Wanita Takmau Menutup Aurat


Assalamualaikum
Selamat hari Jumaat ya semua. Ni mai cek nak habaq, hari-hari jumaat ni kan eloklah kita nasihat menasihati sesama kita supaya kita boleh memperbaiki diri kita kearah kebaikan. Ni cek nak tegoq sikit wanita wanita yang tidak menutup aurat di luar sana. Jom baca nii. Sebelum tu cek nak cakap sorry nah. bahasa kasaq sikit. biasalah tu dah jadi trend orang utara :)

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ka?
-yang kompom.Kalau tak tutup aurat dah sure masuk neraka nak habaq mai.
2. Hang pakai tudung labuh pun macam la hang baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mau ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia salahkan perintah Allah itu. “Awat pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pulak yang disalahkan, ” pakai tudung tak semestinya baik.. tapi atleast dia tutup aurat.
3. Awat hang ingat hang baguih dah kot. Cermin diri hang tu dulu. Hang dulu lagi jahat.
-huh jenuh la nak kira lagu tu. Nabi kata walaupun "pelacur" yang bagi nasihat dekat kita, kita kena terima selagi nasihat itu bermanfaat. 
4. Walaupun kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Ni dah kira ayat riak laa. Awat hang bajet diri hang tu ada hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya cukup dah kot menjamin maruah diri hang tanpa perlu menutup aurat?
5. Pakai jarang ka ketat ka, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-hah tunggu lagi tak suka. Awat hang berani jamin bahawa semua lelaki ajnabi ada hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dengan nafsu ha?. Kalau hampa kira tu hak hampa. hak menegur hak kami !
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi ka dak tak kira la, tapi hang tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut hang. sekali dengan orang yang tengok aurat hang pon dosa. kira hang bangga dah kot jadi penyebar dosa?
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat hang tu diterima? hang yakin cuma dengan berpuasa dah cukup untuk menjamin hang masuk syurga?. kamon la benda yang simple macam menutup aurat pon hang tak boleh buat. inikan pulak nak buat ibadah-ibadah lain.
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Ni nak habaq mai. Hang sebenaqnya dah susahkan bapak, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka dengan hang disebabkan depa tidak menegur dan gagal mendidik hang. Macam tu hang kata tak susahkan hidup orang lain lagi?
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ka hang cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. 
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-La ni hang kira depa tuhan hang ka Allah tuhan hang? Sanggup patuh arahan depa daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Ohh nak kira seru. Hang nak tunggu seru apa? tunggu malaikat mai bisik tepi telinga hang suruh tutup aurat ?  Zaman la ni mati tidak mengenal usia kot. Tak takut ka mati dalam usia muda? Mati tak dan nak bertaubat baru hampa tau.
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ka cakap kat Malaikat Izrail nanti, "tunggu sat! Rilek luu. sap kok luu. Jangan ambil lagi nyawa aku". dia nak tarik nyawa orang tak kira masa cek oii. dia hanya ikut suruhan Allah.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau hang kira macam tu hang sebenaqnya memang hipokrit sebab hang tak ikhlas beragama Islam.
14. Panas la pakai tudung ni. Kami rimas lah. Rasa tak selesa.
-ohh hang kira panas? hang tak pikiaq macam mana orang yang dok kat mesir tu boleh pakai tudung labuh. Negara depa panas pada negara kita beb. Ni baru panas dunia. Hang tak kira panas akhirat lagu mana?
15.Kami rasa kami tak sesuai lagi nak pakai baju basar besar macam tu dengan tudung labuh segala bagai. Tak fashionable lah.
-Dah hang tu umat islam. Hang wajib tutup aurat. Fashion tak fashion tolak tepi. Janji hang dah buat suruhan agama hang. Ingat laa beb pakaian akhir kita kain kafan ja. kain putih ja. Takdak nak fashion-fashion nya.

Pesanan "Jangan kira dunia sahaja. Kita masih ada akhirat. Jaga kedua-duanya hidup kita bahagia "

Segmen = Jom Follow Sempena Cuti Sekolah

Assalamualaikum

Selamat hari Jumaat semua .Haa ni cek nak habaq mai. yang ni kira first time cek nak join segmen nii . oyeahh. haha. biasa lah orang baru kann. mesti laa baru join segmen. Jom la join sekali segmen sempena cuti sekolah nii. sampai 27 november ja tauu.




Kalau hampa nak join segmen ni jugak click kat banner tu yaa :)
ataupun click ja kat ----->SINI

daa. lastly happy holiday dan selamat hari jumaat :)

Wednesday 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H


ASSALAMUALAIKUM

Salam sejahtera, salam 1 Malaysia , and the important thing is salam maal Hijrah.
sedaq tak sedaq dah habih pon kan tahun 1433 hijrah. Tepat waktu maghrib tadi kita dah masuk ke tahun yang baru. so its new year dalam calender islam.sekarang ni dah kira 1 Muharram 1434H.ha buku amalan kita telah diangkat untuk tahun 1433 hijrah. So sekarang ni kita buka amalan yang baru. Cek harap la kan. buku amalan cek yang tahun ni jadi lebih baik daripada buku amalan yang tahun lepas. cek nak berhijrah jugak daripada yang buruk kepada yang baik. daripada yang malas kepada yang rajin and banyak lagi laa cek nak hijrah. Harap sangat cek akan jadi orang yang lebih baik untuk tahun ni.

hampa semua nak tau dak tema maal hijrah tahun ni apa?. 
ni ha tema dia  “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”
tak paham? takpaa mai cek nak tolong bagi contoh yang cek ambil dari 
Jabatan Agama Islam Kedah(Jakim)


1.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” mengambil pendekatan sederhana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sepertimana termaktub dalam Piagam Madinah yang telah dipersetujui Baginda Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat bukan Islam. Ia menyerlahkan semangat  toleransi beragama apabila orang Islam dan bukan Islam saling faham memahami, saling berkerjasama dan hidup secara harmoni.Perlembagaan Madinah mempertahankan kebebasan beragama untuk semua, keadilan kepada semua dan melindungi kaum minoriti untuk mengamalkan pegangan dan budaya mereka.

2.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”  sentiasa memberi contoh teladan yang unggul dan terbaik dalam melaksanakan aktiviti kehidupan rakyat Malaysia. Dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia, semangat melampau berteraskan perkauman dan ideologi akan menjadi pemangkin terhadap ketidaksepaduan masyarakat dan seterusnya ketidakstabilan sosio-politik negara. Jika elemen ketaksuban masih berakar umbi dalam pemikiran dan tindakan, masyarakat tidak akan dapat mengimbangi serta menghayati seluruh intipati kehendak pemimpin negara untuk membangunkan negara. Oleh yang demikian, menjadi satu cabaran kepada kepimpinan negara untuk menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia bagi mengekalkan kestabilan politik dan menerokai kejayaan dan keberhasilan negara.

3.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” juga berpegang kepada prinsip akidah, iaitu keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Ia menekankan aspek berimbang, adil dan diversity-kepelbagaian. Konsep ini juga perlu membuktikan bahawa Agama Islam berupaya menyusun dan mengatur masyarakat sehingga mewujudkan peradaban yang unggul dengan wujudnya konsep “unity in diversity-perpaduan dalam kepelbagaian seterusnya mampu mewujudkan بلدة طيبة ورب غفور–Negeri yang baik dan diampuni Allah.


ni cek ambil sikit ja dari ulasan penuh tu. kalau ambil semua post ni akan jadi teramatlah panjang. Apa apa pon, cek harap kita semua akan jadi lebih baik dalam tahun baru ni dan kita semua kena pasang azam yang baru untuk tahun ni.Kalau azam yang tahun lepas pon tak dan nak buat lagi. kita sambung lah untuk tahun ni yaa.so thats all. ni cek nak habaq Salam maal hijrah buat semua blogger islam di Malaysia.
terimakasih. peace yaa 

 

Skyfall

ASSALAMUALAIKUM

Yaa hampa semua apa khabaq. Baik ja nohh. Ni mai nak ceqita. La ni kan cuti sekolah pon still rasa booring lagi. Lagi tak keluaq result PMR cek dok tak senang hati gitu lahh. Tadi kawan cek ajak pi tengok wayang. cek pon dok boring boring ni. Apa lagi,  cek pon ikot la depa pi tengok wayang tuu. Kami pi punya la awai kat panggung wayang tu. Dalam pukui 11.30 a.m. la kot. Kira supermarket tu baru buka ja laa. Masuk masuk dalam then tengok kat kaunter tiket. adoii cek macam nak lari balik kot. Tengok orang dok bebaris punya lah panjang. Kalau melayu semua takpa gak. tengok tengok orang India yang dok beratur panjang tu. pastu kawan cek pon tanya laa "depa mai rombongan berapa bas ni?" .Cek pon gelak tak sangga dah tadi. 

Lastly, bila line beratur tu dah semakin pendek, kami pon pi la tumpang beratur sekali. penat jugak la tunggu. dekat 10 minit dok tunggu baru nak sampai turn kami. Then guess what? cek tengok tiket untuk cerita 'Istanbul Aku Datang' habis. Time tu cek gelak macam nak pecah perot. Then kawan cek kata "takkan la geng india tu semua pi tengok cerita tu kot". haha. Cek pon tanya la abang kaunter tiket tu tiket skyfall ada dak lagi?. Cek tengok kat dia tu baru sikit ja orang booking seat. huh legaa. Ingatkan tiket dah habis geng india tu beli. Dah lepas beli tiket tu tengok tengok pintu panggung dah buka. waa cek eksaited tak sangga dah time tu. Sebelum masuk tu kami pi la beli popcorn dengan ayaq mineral dulu nak buat picnic sikit dalam panggung tu. haha.


Best gila dapat tengok filem bond ni dekat panggung. Cek terlepas takdan tengok filem bond yang sebelum ni kat panggung. humm sedih sat. alaa yang Quantum Of Solace tuu. tapi takpa, cek dan tangok hat Skyfall ni. Obviously ceqita ni memang lain sangat daripada cerita melayu. And the best part is hero dia lagi style pada Aaron aziz. haha. Bond tetap orang yg sama dengan bond yang dalam quantun of solace. Daniel Craig la kann.Yang paling best kereta klasik bond digunakan balik. walaupun kereta tu klasik tapi canggih cek oii.

Jalan ceqita filem ni agak unik jugak laa. Macam ni, hero mati then hidup balik.Cerita berkisar balas dendam kepada M. Boss M16 oleh anak buah dia yang pandai komputer.
Pelbagai aksi yang stai laa kata orang kedah, kita boleh tengok dalam usaha Bond melawan penjahat tu.Gadget yang bond dapat kali ni pistol Bond berdasarkan cap jari dan radio insyarat transmitter pa tah. tapi ada guna jugak la pistol tu tah cek pon tak paham jalan ceqita dia macam mana. tapi overal best laa tengok cerita ni. siap ada adegan 18sx lagii. tapi nasib baik sikit ja. haha benda benda yang macam ni laa yang bagi tambah syok tengok filem bond ni. cek rasa semua filem bond ada benda benda macam tu. haishh, merapu dah nii. orait oraitt.
takat ni saja boleh dah kot?. nanti cek update lain naa.