Followers

Thursday 15 November 2012

15 Alasan Paling Famous Kenapa Wanita Takmau Menutup Aurat


Assalamualaikum
Selamat hari Jumaat ya semua. Ni mai cek nak habaq, hari-hari jumaat ni kan eloklah kita nasihat menasihati sesama kita supaya kita boleh memperbaiki diri kita kearah kebaikan. Ni cek nak tegoq sikit wanita wanita yang tidak menutup aurat di luar sana. Jom baca nii. Sebelum tu cek nak cakap sorry nah. bahasa kasaq sikit. biasalah tu dah jadi trend orang utara :)

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ka?
-yang kompom.Kalau tak tutup aurat dah sure masuk neraka nak habaq mai.
2. Hang pakai tudung labuh pun macam la hang baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mau ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia salahkan perintah Allah itu. “Awat pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pulak yang disalahkan, ” pakai tudung tak semestinya baik.. tapi atleast dia tutup aurat.
3. Awat hang ingat hang baguih dah kot. Cermin diri hang tu dulu. Hang dulu lagi jahat.
-huh jenuh la nak kira lagu tu. Nabi kata walaupun "pelacur" yang bagi nasihat dekat kita, kita kena terima selagi nasihat itu bermanfaat. 
4. Walaupun kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Ni dah kira ayat riak laa. Awat hang bajet diri hang tu ada hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya cukup dah kot menjamin maruah diri hang tanpa perlu menutup aurat?
5. Pakai jarang ka ketat ka, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-hah tunggu lagi tak suka. Awat hang berani jamin bahawa semua lelaki ajnabi ada hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dengan nafsu ha?. Kalau hampa kira tu hak hampa. hak menegur hak kami !
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi ka dak tak kira la, tapi hang tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut hang. sekali dengan orang yang tengok aurat hang pon dosa. kira hang bangga dah kot jadi penyebar dosa?
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat hang tu diterima? hang yakin cuma dengan berpuasa dah cukup untuk menjamin hang masuk syurga?. kamon la benda yang simple macam menutup aurat pon hang tak boleh buat. inikan pulak nak buat ibadah-ibadah lain.
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Ni nak habaq mai. Hang sebenaqnya dah susahkan bapak, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka dengan hang disebabkan depa tidak menegur dan gagal mendidik hang. Macam tu hang kata tak susahkan hidup orang lain lagi?
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ka hang cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. 
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-La ni hang kira depa tuhan hang ka Allah tuhan hang? Sanggup patuh arahan depa daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Ohh nak kira seru. Hang nak tunggu seru apa? tunggu malaikat mai bisik tepi telinga hang suruh tutup aurat ?  Zaman la ni mati tidak mengenal usia kot. Tak takut ka mati dalam usia muda? Mati tak dan nak bertaubat baru hampa tau.
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ka cakap kat Malaikat Izrail nanti, "tunggu sat! Rilek luu. sap kok luu. Jangan ambil lagi nyawa aku". dia nak tarik nyawa orang tak kira masa cek oii. dia hanya ikut suruhan Allah.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau hang kira macam tu hang sebenaqnya memang hipokrit sebab hang tak ikhlas beragama Islam.
14. Panas la pakai tudung ni. Kami rimas lah. Rasa tak selesa.
-ohh hang kira panas? hang tak pikiaq macam mana orang yang dok kat mesir tu boleh pakai tudung labuh. Negara depa panas pada negara kita beb. Ni baru panas dunia. Hang tak kira panas akhirat lagu mana?
15.Kami rasa kami tak sesuai lagi nak pakai baju basar besar macam tu dengan tudung labuh segala bagai. Tak fashionable lah.
-Dah hang tu umat islam. Hang wajib tutup aurat. Fashion tak fashion tolak tepi. Janji hang dah buat suruhan agama hang. Ingat laa beb pakaian akhir kita kain kafan ja. kain putih ja. Takdak nak fashion-fashion nya.

Pesanan "Jangan kira dunia sahaja. Kita masih ada akhirat. Jaga kedua-duanya hidup kita bahagia "

5 comments:

  1. hmm . botoi3 . world2 jugak akhirat jangan lupa .

    ReplyDelete
  2. haha :D kalau nak kira kasar rasanya family Nas bagi ayat kat Nas lagi makan dalam..btw, nice share :)

    ReplyDelete
  3. haha. thanks.biaq hat mana yang tak tutup aurat tu bertaubat lepas ni :)

    ReplyDelete
  4. nice entry.. ena doakan supaya mereka yang tak mahu menutup aurat ni dilembutkan hati untuk melihat kebenaran.. =)

    ReplyDelete
  5. terbaik. sama-sama saling mengingatkan

    ReplyDelete