Assalamualaikum
Heloo hampa semua. Sihat semua naa. Ha ni cek nak tanya, hampa nak dak top up free?
haha dengaq pelik ja kann. Ni mai cek nak ceqita. Cek dapat daripada member cek yang qeja kat kedai talipon kat area area Alor Star nuhh. Duduk besembang dengan dia kat kedai mamak malam tu. Cek pon try try laa tanya dia manatau kot kot ada trick ynag boleh pakai untuk talipon cek ni. Dok tanya pi tanya mai dia tak jawab jawab. Last-last cair jugak dia hihihi. Dia pun bagi tau lah cek cara-cara nak mereload prepaid secara percuma . okey , Haa nak tau dak dia habaq apa kat cek?. haha continue reading key
Untuk semua talian 012,013,016,017 dan 019 ,hampa semua lepas ini tak payahlaa dok pi kedai handphone lagi nak topap prepaid hampa . Ni ada cara untuk mereload prepaid hampa dengan cara yang agak illegal .Tapi cara mereload yang ini boleh guna masa 20 hingga 30 haribulan pada setiap bulan jaa . Ini pasai setiap talian ni di upgrade dalam masa-masa ni . okay , kepada pengguna talian 012 , 013 ,016 , 017 , 019 , dail 1415007 pastu tunggu dalam 5 saat dan hampa akan dengar macam bunyi bising , tunggu sampai bunyi itu hilang pastu dail 9151 tunggu 3 saat dan tekan nombor telefon hampa . Hampa akan dengar dia cakap "please insert you pin number" masukkan 011785 45227 00734 . Jangan bagi salah tau. boh sebijik yang macam ni. Tunggu lepas dia kata nombor pin selesai , lepas tu dial 0405 untuk KL dan Selangor , 0406 untuk kawasan lain dalam semenanjung. Kalau hampa dok kat Sabah atau Sarawak hampa boh 0409
Hampa akan dengaq "for airtime top-up press 1723" pastu hampa dail la nombor tu.Lepas dail nombor kemudian tekan nombor telefon hampa sekali lagi . Tunggu selepas bunyi bising selesai , dial 4455147 diikuti 146 selepas 5 saat .Okey , lepas beberapa saat , Hampa akan dengaq "your pin number is accepted" hampa terus dail 1007 pastu hampa akan dengaq "your key number is accepted" terus dail 4566 pastu hampa akan dengaq "your password is accepted" .
.Lepas habih semua tu ,terus dail nombor talipon hampa dan hampa akan dengaq
"pala hotak hang, kat dalam dunia ni mana ada benda yang free , zaman laa nih nak masuk jamban pun kena bayaq 2 kupang hang tau dak .Dahlah pulak minyak dah naik 3 kupang
banyaklah hang punya FREE!!" Dan hampa terus matikan talipon hampa dan akan kata "jahanam punya budak hang pekena aku noh" tapi lepas itu hampa mesti rasa teringin nak menipu orang lain pulak kan kan kan. haha
*sebenaqnya cek pon terkena benda ni. Punya laa khusyuk dok baca tengok tengok jadi kot lain. haha sorry nahh :D cek melawak jaa